Friday, November 12, 2010

Ada apa dengan CINTA

"Ada orang kata: Tidak ada istilah cinta sebelum berkahwin, bahkan cinta itu dibolehkan bila masuknya ke alam perkahwinan. Saya nak tanya: Bagaimana saya nak berkahwin dengan si dia kalau saya tak cintanya? Adakah perkahwinan itu diprogramkan tanpa ada apa-apa perasaan oleh dua insan?" - anisah hannanah

Statement below merupakan komen2 dr org ramai kat FB ttg CINTA..^^

komen-komen dari status:

"bukan cinta 2 yg menjadi persoalan.Ekspresi cinta itulah yg bagaimana diterjemahkan.Cinta sebelum atau selepas itu tidak menjadi masalah,Bagaimana kamu mengendalikannya".

"Maksud cinta itu luas, dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar. Interpretasi pada cinta itu perlu dihayati dan dijiwai agar kita lebih mengenali apa erti cinta yang syumul."

"Soalannya mudah sahaja: "Bagaimana saya nak berkahwin dengan si dia kalau saya tak cintanya?

Seorang wanita atau lelaki yang ingin berkahwin tentulah ada sesuatu yang menjadikan dirinya cinta pada bakal pasangannya. (Bukan kes yang kahwin paksa atau kahwin yang tak tentu hala).

Cinta yang dimaksudkan di sini juga bukanlah cinta monyet atau cinta yang dilakonkan oleh manusia2 zaman kini yang tak kenal Allah yang tau bahawa cinta itu wajib kena bergayut berjam2 dengan cakapan karut yang tiada sempadan, wajib ber'sms' tanpa ada kepentingan, wajib keluar dating, makan2 tanpa ada mahram, wajib bersentuh-sentuhan dan sebagainya yang dimaklumkan.

Bahkan cinta yang tersirat di sebalik status di atas ialah: Sebagai contoh: Sang wanita amat cinta kepada bakal pasangannya kerana cinta pada ilmu yang ada padanya, cinta kerana dia seorang pendakwah, cintakannya kerana dia pejuang Islam yang sentiasa turun ke medan perang, cintakannya jua kerana dia sentiasa menggalas sebuah perjuangan Islam. Cintakannya kerana dia pejuang yang bercita2 mati syahid menentang kemungkaran. Cintakan dia kerana dia berjanji untuk memaut hati isterinya nanti mengenali siapa Dia Ilahi.

Cinta ini juga dipupuk sebelum memasuki alam perkahwinan dan perlu diteruskan sehingga anda bergelar sang suami atau isteri. Cuma terjemahan cinta dan tindakannya tentulah ada perbzaannya sebelum dan selepas berkahwin. Mudah2an kita tergolong dalam golongan cinta ini."

"Usaha adalah wasilah untuk memperolehi anugerah Allah dan anugerah Allah itu semestinya tiada tandingan dengan usaha manusia yang seciput itu. Situasi yang saudari utarakan tentang kakak saudari itu tidak disangkal sama seka...li. Terpulanglah. Cuma yang menjadi persolan di sini ialah cinta sebelum kahwin dan bagaimana seseorang itu mengendalikannya.

Bila Nabi kata PILIHLAH yang beragama bermakna Nabi menyuruh kita memerhati dan mengenali seseorang dengan sebaik-baiknya; akhlak dan peribadinya serta urusan agamanya dengan Tuhannya."

"Berkaitan dengan isu ini ana tertarik dengan pendapat yang diutarakan oleh Ibnu Hazm yang merupakan seorang mujtahid, faqih dan ahli sastera, beliau menghuraikan permasalahan ini di dalam kitabnya “ tauqul hamamah”, beliau telah mengatakan,... Islam tidak pernah menghalang cinta, syariah tidak mengharamkan cinta kerana cinta adalah urusan hati dan hati adalah urusan Allah.

Cinta merupakan fitrah yang dicipta oleh Allah untuk kebahagian hamba-hambanya. Oleh yang demikian, cinta bukanlah sesuatu perkara yang dilarang oleh Islam, tapi perkara yang dikawal oleh Islam. Setiap perkara yang boleh mendekatkan diri seseorang kepada penzinaan, diharamkan oleh Allah. Firman Allah:“ Dan janganlah kamu dekati zina” " - qud's ikhwan.

"kenapa cinta tu selalu dikaitkan atau diakhiri dgn perkahwinan.Sy rasa kamu menyempitkan sesuatu yg memang sedia luas.Jangan kurung keluasan atau keindahan cinta itu di dalam penjara perkahwinan.Cinta x semestinya memiliki.Bukankah kita sem...ua bercinta di sini.Kamu mencintaiku.Aku mencintaimu.Cuma bagaimanakah aku mengekspresikan atau menterjemahkan cinta itu? boleh jadi berkahwin.Boleh jadi bersama berjalan dakwah.Boleh jadi kawan.Ekspresi, penghayatan atau penilaian kita itulah yg menjadi ukuran.Bercakap soal kahwin sebenarnya ia bukan setakat didasarkan dengan cinta semata.Ia lebih dr itu" - lukman al-hakim bin hamdan

"Cinta atau bercinta? Apa yang saudara maksudkan bercinta? Untuk mengenali antara satu sama lain sebelum berlakunya perkahwinan memang Islam menggalakkan. Kalau tidak, masakan Islam menggalakkan program 'KHITBAH'?!

Khitbah bukanlah diikat oleh keluarga, kemudian engkau engkaulah, aku akulah. Wanita tak peduli siapa lelaki itu, bagaimana perangai dan agamanya, lelaki pulak membiarkan apa sahaja, sekadar nak tunggu tarikh nikah je. Bukankah Rasulullah pernah menyuruh sahabat pergi dan melihat serta mengenali perempuan yang ingin dinikahinya?

Tentang adat dan uruf itu, saudara perlu ingat adat yang salah tetap ditentang. Kerana orang dah pahatkan pada pemikiran (walaupun tak semua) bahawa cinta itu ialah hawa nafsu jahat, cinta itu ialah perlu calling2, gayut2, cinta itu ialah dating2, cinta itu ialah bebas keluar bersama, cinta itu ialah bertepuk tampar, cinta itu ialah hehek hehek. Maka pemikiran sebegini kita perlu 'polish'kan. Cinta itu adalah fitrah dan suci jika betul pada landasan yang ditetapkan Ilahi, namun ia akan menjadi kotor lagi busuk jika ia terpesong dari garisan yang diberi." - anisah hannanah

"InsyaAllah..diskusi ilmiah sebegini perlu diadakan bagi menghuraikan segala yg kabur disudut pemikiran, dipandangan mata, dilubuk hati..

Saya tertarik dengan perbahasan di atas.. Soal tentang cinta ni mmg sukar krna cinta bersifat subjektif........ banyak pengertian bagi setiap klasifikasi tentang cinta..

Berdasarkan kenyataan, apa yg saya faham adalah saudari cuba menerangkan mengenai cinta sebelum kahwin.. saya setuju dan setiap antara kita tidak boleh untuk menafikannya.. cuma berlaku salah faham bila ayat yg ditulis itu sekadar difahami tetapi tidak dihayati maksudnye.. Maksud saudari tu adalah bercinta dari hati kerana didasarkan pada agamanya.. saudara itu pula melihatnya sbg cinta dari sudut fizikal..

Cinta perlu ada niat dan matlamat.. Niat mestilah kerana Allah (utamakan pilih pasangan atas dasar agama).. Matlamatnya adalah perkahwinan.. Ia berbeza dgn cinta monyet atau cinta yg didasarkan pada nafsu dan akal yg salah.. Cinta itu fitrah semulajadi dalam diri manusia.. Ada di antara manusia yg melebihkan cinta kepada pasangan melebihi cintanya pada Allah, Rasul dan Ibu bapa..

Dalam situasi masa kini, masalah yg timbul apabila cinta yg wujud sblum kahwin itu mendorong kepada perbuatan maksiat tanpa menghiraukan batas pergaulan.. Bukan dalam soal cinta sahaja bahkan dalam soal batas pergaulan antara lelaki dan perempuan SEBAGAI SAHABAT juga tidak dihiraukan..

Sesetengah manusia itu, ada yg mengaku cintanya pada Allah lebih tebal dari cinta sesama manusia tetapi apabila diuji, mereka meletakkan diri mereka dalam kekecewaan yg melampau.. Pengakuan hanyalah menjadi bicara kosong dan tidak memandang hikmah dalam ujian dariNya..

Kesimpulannya, saya bersetuju dgn pendapat saudari Anisah.. Saya sekadar memberikan pendapat dan memberi penjelasan.. Hanya Allah yg Maha Mengetahui.. Jika tak mampu berkahwin, berpuasalah mengikut apa yg disarankan dan terus berusaha disamping berdoa dan tawakal..

"Wujudkan cinta (kepada pasangan) itu pada yg lebih berhak (suami/isteri).. Rugilah jika bercinta tanpa niat dan matlamat.."

Batasi pergaulan cinta itu sehingga pasangan itu benar2 sah dan halal buat kita.. Jaga Mata, Jaga Telinga, Jaga Anggota, Jaga Fikiran, Jaga Hati dan Jaga Iman dan Perasaan..kkkkita mencintai orang lain.." - mohd nor iskandariah arifin.

“Sesungguhnya mukmin itu bersaudara” (Surah al-Hujuraat: ayat 10)

“Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan “ukhwah” yang bermakna “persaudaraan” seriang dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70′an lagi.

Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.

Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan “ukhuwwah”.

Cinta Remaja Dakwah. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di”Islamik”kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah “Cinta Ukhwah”. Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama “ana – anta dan ana – anti”.

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta “anta-anti” ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai…kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta “anta-anti” ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal’iyadhubillah...

Salah Faham Ukhuwwah fillahTeringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah... dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.

Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata “Ukhuwwah fillah kekal abadi..”.sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu “jemaah” dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu “jemaah” dengan mereka.Aduh. .lagi hebat daripada filem “Love Story” yang pernah popular di tahun-tahun 70′an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema “ukhuwwah fillah” menjadi “camouflagde” ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.

Sekali lagi slogan “ukhuwwah fillah” menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan “trend” percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai’ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka…ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70′an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop “kafir” dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan “Abuya”nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah “kawan”nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut “Ukhwah fillah membawa ke Jannah”.

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap “sihat” atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.(Diperolehi daripada Majalah edisi Bulan Februari) - Ismail tukang al-tukani.

moral of the story :

Apa2 pn psl cinta nih biar niat & tindakan tak bcanggah dgn maqasid yg Allah dh tetapkn. Jagalah hati sndri dr rosak dek tompok2 hitam fitnah cinta, agar iman kte xmerudum jatuh sbb lebih kejarkn duniawi~ bak kata ustaz hasrizal, jangan jadikn nikah tu sebagai ending kepada cinta, tp nikah tu as pmulaan utk bcinta. hohoho. cinta tu juz as a mean utk kita lbih dekat dgn Allah di samping memenuhi fitrah manusia dlm dri kita :) allahu a'alam.. penulis forwardkan utk semua pembaca...^^ share2 la dgn seluruh penghuni dunia yg bernama MANUSIA. =)


so careless!!

sob3..T_T so sad today. Tomorrow seating for muet, but i lost my ic!! Sabar jela. Actually bukan lost ape pon. Ni gedik sgt la puncanya!! Rush punya psl, tetinggal benda penting. Purse pon da tekoyak, tepaksela simpan segala benda penting dlm "beg korea" penulis yg besar tu. Nak dijadikan cerita, pas keje penulis balik asrama jap, pastu kemas punye kemas buku nota yg selalu penulis bawak penulis keluarkan dr beg tu. (Tak sedar ic terselit kat buku tu).

moral of the story :
Simpan barang berharga di tempat yg sepatutnya. Check betul2 sebelum ke mana2. Tambah2 ic, tak pasal2 kena tahan ngn polis. hah!! baru tau langit tinggi ke rendah... Terima kasih byk2 kpd room mate yg byk berjasa sbb call penulis gtaw yg ic teselit kat note book!! ^^

COKE & PEPSI!! =.="

COKE & PEPSI. Mmg tak asing lagi brand tu dgn masyarakat kita. Penulis sendiri pon minum and mostly org2 muda la kan suke minum benda2 cmni. Bila penulis terjumpa satu artikel psl minuman ni, Ya Allah, speechless!! huhu..T__T Penulis rase as a responsibility, penulis nk share ngan sume. Selamat membaca!! ^^

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Seperti pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah



Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi?

Ada ustazah beritahu, kat mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dia nak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, "one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women". menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak la mandul! kalau korang pernah terima forwarded email pasal betapa cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & at that time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies.

Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..