Friday, October 29, 2010

ade kisah ni.... spend beberapa minit je pon!!!

Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...

tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..

tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...

lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....

daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana..

adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...

kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..

dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..

amat lemah..

baru kena ugut terus lari lintang pukang..

lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..

tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..

bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..

tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???

Kenapa?

gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali..

berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...

berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?

berapa banyak???

terima kasih kucing oren!!

Anda suke kucing? kenapa? bagaimana perasaan tu timbul? hahahaha...:P
Penulis pon sgt meminati kucing...:D Tapi untuk 3 saat pertama penulis geram ngn kucing!!! GRRRRR!!!

Adala satu hari, penulis jemur "bantal kesayangan". Pastu penulis kuar jap g beli mkanan. Pas selesai menjamu selera, penulis baru pasan yg bantal dah TAK DE!! "Mane bantal ni pegi"? ngomel penulis sendiri. ^^ Member gtaw bantal dah JATUH dr balkoni. Tidak!! :(( Xpela, benda dh jadi, so larila penulis dgn terkedek2 mendapatkan "bantal kesayangan" tu. Bila dh ambik mmg besyukur tak terkata la time tu. Tetibe moodku spoil bile terbau "something". Belek punye belek, ade AIR kat bantal tu. Ingat air tumpah!! rupanya air yg disumbangkan oleh KUCING OREN!!! eeeeeeeee..... Penulis dgn pantasnye amik sabun HANDALAN letak 6 sudu!! hahaha... puas hati aku. Yg sedeynya, bantal tu akan berubah colour dan bau la. :(( Dari kecik lg simpan bantal tu. sob3..T_T

moral of the story :
Sayangilah "sentimental value" kite. Kang free2 je dapat extra FREE GIFT BARU!! Kpd kucing2 sedunia lak, xpela, penulis maafkan. Sesungguhnya memaafkan adalah amalan mulia...(^_^)v

5F diperkenalkan YAHUDI...=.="

Sesungguhnya bangsa Yahudi yang dilaknat Allah SWT sampai hari kiamat, tidak senang duduk tanpa melakukan sesuatu yang boleh memalingkan akidah umat Islam daripada berpegang teguh kepada ajaran agama mereka, atau dengan kata lain bangsa Yahudi ini mahu melihat sehingga ada di kalangan umat Islam murtad daripada agama mereka.


Mereka tidak peduli sama ada orang Islam itu bersolat atau tidak, mampu pergi haji atau sebaliknya, pakai tudung atau tidak, menutup aurat dengan sempurna atau tidak, yang penting selagi nama mereka Islam, selagi itu mereka cari jalan untuk memalingkan akidah umat Islam. Ini kerana Yahudi boleh diibaratkan sama seperti syaitan, syaitan yang sudah tidak boleh masuk syurga akibat perbuatannya sendiri, telah disumpah oleh Allah SWT dan layak menjadi ahli neraka, oleh itu mereka berazam bersungguh-sungguh untuk memastikan ada di kalangan makhluk bernama manusia pun masuk neraka, begitulah juga perangai Yahudi, mereka sebenarnya mengetahui bahawa mereka adalah ahli neraka, justeru ketidak puasan hati yang ada dalam diri mereka, sentiasa mahukan bangsa manusia selain mereka juga masuk neraka.
Inilah yang difirmankan Allah SWT dalam al-Quran menerusi ayat 120 surah al-Baqarah yang bermaksud:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau mengikuti ajaran agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."

Mereka (Yahudi) akan merasa puas hati jika ada di kalangan selain mereka khususnya umat Islam tergelincir daripada landasan Islam, sekurang-kurangnya mereka boleh mendabik dada bahawa bukan Yahudi sahaja yang masuk neraka, umat Islam juga turut masuk neraka bersama mereka. Inilah kejayaan yang besar buat mereka kerana berjaya memesongkan umat Muhammad SAW.

F pertama ialah FILEM

Umum mengetahui bahawa Hollywood adalah milik Yahudi malah menjadi teras kepada kekuatan ekonomi Amerika, terlanjur mereka menjadi jahat, cara untuk menjadikan bangsa lain agar menjadi jahat seperti mereka ialah dengan menerbit, mencipta serta mengeluarkan filem-filem yang berunsur lucah yang digilai oleh kumpulan remaja.

Mengapa tidak, filem-filem Melayu juga tidak kurang di pasaran dengan menayangkan jalan cerita yang menggambarkan bahawa orang Islam boleh bercampur gaul secara bebas antara dua jantina yang berlainan, filem seperti 'Akhirat', 'Gubra', 'Mukhsin', 'Sepet', 'Anak Halal', 'KL Menjerit' dan bermacam-macam lagi menyaksikan percampuran bebas antara pelakon lelaki dan wanita, terdapat juga filem yang menggambarkan orang Islam melawan takdir Allah SWT, sihir dan yang boleh menggugat akidah.


Antara filem Melayu yang menjadi pujaan Malaysia

F kedua ialah FAMILY

Yahudi turut memastikan agar anggota keluarga di kalangan umat Islam boleh hidup bebas, isteri boleh berpasangan dengan suami orang lain, suami pula boleh bersama isteri orang lain, pasangan suami isteri boleh menari-nari di khalayak ramai tanpa perasaan segan silu seperti dalam rancangan Sehati berdansa.

Anak-anak gadis atau isteri-isteri membuka aurat di hadapan bukan mahram mereka menjadi trend hari ni, di mana para bapa atau suami tidak merasa cemburu dengan gelagat orang-orang yang di bawah jagaan mereka, kehidupan keluarga menjadi kalut dengan sebab Islam tidak menjadi pegangan hidup yang sempurna.

Apa yang paling ditakuti sekarang ialah apabila ibu bapa tidak mengambil berat berkenaan dengan pembelajaran ilmu agama. Dan jangan terkejut jika ramai ibu bapa sekarang yang tidak mengambil tahu berkenaan solat anak-anak mereka.

F ketiga ialah FESYEN

Perkara ini juga menjadi trend yang digilai oleh golongan wanita dari segenap peringkat umur, trend fesyen pakaian remaja perempuan yang menampakkan pusat dan berpakaian ketat tidak lagi menjadi pelik pada hari ini, tindakan itu sebenarnya kejayaan bagi Yahudi yang telah mencipta fesyen-fesyen pakaian menjolok mata.



F keempat ialah FUN

Segala macam hiburan di sampaikan dalam pelbagai cara dan kaedah. Yang paling merisaukan kita apabila hiburan-hiburan melampau ini dianggap sebagai sesuatu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Contoh hiburan terkini adalah seperti rancangan realiti tv, 'akademi fantasia', 'malaysia idol', 'one in the million', 'gangstarz', 'sehati berdansa' dan macam-macam lagi. Rancangan yang disusun rapi ini dapat melalaikan umat Islam sehingga ada yang tertinggal solat kerana tidak mahu ketinggalan dari menontonnya. Malah pembaziran wang ringgit juga berlaku melalui undian SMS.


Hiburan bukan lagi perkara asing dalam masyarakat di Malaysia

F kelima ialah FOOD

Tindakan zalim dan kejam Yahudi menyerang rakyat Palestin, telah membuka mata umat Islam seluruh dunia bahawa mereka perlu memboikot barangan mereka khususnya yang melibatkan bahan-bahan makanan seperti KFC, McCdonald, Starbucks dan lain-lain.

Semoga dengan apa yang disampaikan ini menjadi satu pedoman, tembok dan penghalang kepada kita umat islam di akhir zaman ini agar tidak mudah terperangkap dan leka dengan segala macam perengkap dari musuh-musuh Allah SWT ini.

moral of the story :
kalau bab food ni tak dinafikan penulis sendiri ade makan mcd and so on... yg penting bg penulis niat kita...=) yg baik dijadikan tauladan, yg buruk dijadikan sempadan,..=) wallahualam....=)

budak tadika dah pandai belasah org

macam2 kan penulis dgr pasal budak2 zaman skg. Dgn yg bersosial tak tentu arah, belasah cikgu dan yg paling sadis belasah mak ayah. ish2... T_T Penat si mak mngndung 9 bulan bawak ke hulu ke hilir perut tah yg berat bape kilo tu lg. Ingat sng ke? Pantang tok nnenek betoi tgk cmtu. Rase nak emo je bile dgr cerita2 cmtu. Fikir2 lah sejenak............

Tapi......... penulis tetibe teringat time tadika dulu. Time tu penulis umur 5 taon cmtula. Penulis pernah belasah kawan!! aish!! maap la ye kpd kawan yg pernah kene blasah tu. Aku dh lupe kenapa aku belasah si kawan tu. hahahha... Tapi part yg belasah fresh lg. >.< Kalau belasah budak laki xdela kritikal sgt bunyinye, ni budak gegirl. Cian dia. Kalau tak silap time tu bulan puasa, dahla dia puasa yg aku ni pulak pura2 puasa. Tapi sampai skg aku tak ingat kenapa tetiba "terbelasah" si kawan tu, padahal kawan baik. Tumbuk kat perut lak tu...Hmmm... Tapi tu 1st and last scene la. Pastu aku jadi budak nerd.

moral of the story :
Jangan biarkan diri anda diselubungi keganasan. peace!! (^_^)v


satu doa tak jejas sesaat pon masa kita!! (^_^)

Doa memulakan ulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

Doa selepas mengulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan 'berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًاMaksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


2. Ketika menerima kertas soalan:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


3. Ketika sukar menjawab:ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”


Align Center4. Atau:اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”


5. Jika anda terlupa jawapan:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku


moral of the story :

apa jua keadaan anda. Berdoala.... Bace "Bismillah" pon insyaAllah segala urusan kita senang....=) Amin ya rabbal Alamin. (^_^)v